Thursday 14 March 2013

ALAMAK..KISAH BENAR I MAKIN HOT LAH !



Hai you alls..
I amat bersetuju dengan penulisan artikel padat ini.
Inilah antara cebisan kesialan i selama hidup di johor.

Pelik juga dilihat kelakuan dan gelagat anak muda yang berasal dari Majidee Johor ini….

Kerja menyamun, menipu yang sebati dalam darah dagingnya pula cuba dikaitkan dengan orang lain. Padahal dirinya sendiri adalah watak utama dalam melaksanakan kerja kerja menipu memperdayakan ramai orang dengan menjual nama mengambil kesempatan diatas hubungan baiknya dengan pihak Istana Johor suatu ketika dahulu. Hasil kerja gila ini Kamal Hisham telah berjaya mengaut jutaan ringgit dan menjadi anak muda kaya raya…

Namun begitu oleh kerana cara mengumpul kekayaan dengan cara yang HARAM, dengan cara memperdayakan banyak pihak…, dengan menjual nama Tuanku Sultan Johor maka hidupnya menjadi spesis “pelarian”. 

Pepatah bidalan melayu lama ada menyebut ”Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah”.  Kamal Hisham takut untuk pulang ke tanahair, beliau bertindak membaling batu dan sembunyi tangan….

Pelbagai tohmahan dan kata dusta memfitnah institusi diraja dimana sasarannya adalah kerabat Tuanku Sultan Johor.  


Kamal Hisham pada asalnya adalah macai kepada Rahman Saad seorang peguam kepada Tuanku Sultan Johor yang ada sekarang ini, Tuanku Sultan Ibrahim Ismail.

Taraf kehidupan Kamal ketika itu hanyalah sebagai manusia biasa tidak berharta mewah dan apatah lagi mampu mempunyai wang yang berjuta…. Tuah Ayam Nampak Dikaki, Tuah Manusia Tak Siapa Yang Tahu.

Kamal mendapat peluang terbaik dalam sejarah hidupnya kerana diberikan kepercayaan oleh Tuanku Sultan, mendapat peluang keemasan untuk memulakan perniagaannya sendiri.

Tuanku telah menawarkan wang sebanyak RM100 ribu untuk makhluk jembalang bernama Kamal menubuhkan firmanya sendiri. Dari situlah beliau mula berjinak dengan pihak istana Tuanku.

Atas dasar kepercayaan, Tuanku menubuhkan syarikat Southern Ads bersama rakan kongsinya yang bernama Tengku Samad. Tuanku bersahamkan majoriti manakala Tengku Samad pula memegang saham sebanyak 24.5%. Manakala Kamal pula menjadi pengarah syarikat dan isterinya pula dilantik oleh Kamal sendiri untuk memegang jawatan penting di HR Department di Southern Ads.

Rupa rupanya makhluk spesis Kamal Hisham ini ada menyimpan cita cita untuk mengambil kesempatan keatas peluang yang beliau cipta sendiri…. Kamal telah menubuhkan sebuah syarikatnya sendiri dengan mendaftarkan nama Southern Flame.
Namanya yang agak ‘similar’ dengan syarikat milik Tuanku Sultan…. 

Demikianlah taktik makhluk bernama Hisham ini mencaturkan “dummy” agar segala transaksinya nanti boleh mengelirukan diantara syarikat miliknya sendiri dengan syarikat milik Tuanku Sultan..!


Tindakannya sangat licik sehinggakan pendaftaran alamat pejabat juga menggunakan alamat Southern Ads….


Maka, bermulalah episod jahat lahir dari naluri jembalang yang tamak haloba…! Spesis seperti Kamal Hisham ini sudah memasang nawaitu yang tidak bersih. Anak muda yang berasal dari Majidee Johor ini seperti sudah tumbuh dua tanduk ditepi kepalanya…..


Kamal tahu beliau ada “advatange” untuk menjadi toll gate man. Peluang terbaik untuk “Pow” sana dan sini kerana kedudukannya yang dilihat kununnya dalam “inner circle” Tuanku Ibrahim yang ketika itu bergelar Tengku Mahkota Johor.

Setelah diberikan kepercayaan oleh Tuanku Sultan, maka Kamal pun memulakan operasinya. Spesis jembalang yang bercita cita mahu mengaut kekayaan dengan kerja menipu dan mengambil kesempatan sebagai orang kepercayaan Tuanku ini melancarkan OPS 'INI TITAH TUANKU'.



Ops 'INI TITAH TUANKU' bermula dengan siri pembohongan penjualan nombor plat kereta yang dibeli murah dan dijual mahal oleh kamal dan rakan sepenipuannya yang bernama Rosli. Kebanyakan nombor plat istimewa Johor (contoh JBL 1) akan Kamal beli dan kemudiannya dijual pada kedai cina di Melaka tanpa pengetahuan Tuanku.
Hebat dan liciknya dan pembohongan si Kamal adalah sama seperti yang P Ramlee watakkan kepada S Shamsudin dalam filem “Ali Baba Bujang Lapok….”. Dari sebesar-besar barang hingga sekecil-kecil barang selagi boleh si Kamal Hisham akan sakau….

Antara aktiviti “sakau”  yang tidak berperikemanusiaan adalah belaiu pernah POW duit perniagaan sebuah Car Wash di JB. Nak tahu berapa dia POW tauke Car Wash itu….? RM20 sehari..!

Itulah gambaran ketamakan kamal hisham selama beberapa tahun. Ops beliau yang dinamakan 'INI TITAH TUANKU' berjalan lancar selama beberapa tahun tanpa Tuanku Sultan ketahui.

Kerana beranggapan Tuanku Sultan tidak mengetahui kegiatannya, Kamal Hisham terus menerus mengoptimakan peluang dalam segala perihal  yang melibatkan nama Tuanku.

Sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Begitulah yang berlaku kepada anak muda negeri Johor ini….

Kamal mula kantoi apabila isu wang pelaburan mulai diragui perjalanannya oleh Tuanku. Sejumlah wang pelaburan yang diamanahkan oleh Tuanku mula menjadi target utama anak muda ini…! Atas kesilapan 'kecil' sewaktu proses dokumentasi Kamal telah mengambil peluang untuk mengambil hak ke atas wang tersebut dengan melantik dirinya sebagai “beneficiary.”

Komisen yang Kamal terima kerana introduce Tuanku Sultan kepada pihak bank masih tidak mencukupi bagi dirinya…. Sebulan, sebagai introducer kepada bank, Kamal memperolehi RM25 ribu sebagai ganjaran. 

Satu hari Tuanku Sultan Johor telah dihubungi oleh pihak bank kerana berlaku sedikit masalah dan pihak bank tidak dapat melaksanakan satu transaksi Fund Transfer oleh Tuanku ke sebuah negara Arab bagi tujuan pelaburan..

Setelah pihak membuat siasatan, wang tersebut rupa-rupanya perlu mendapat kelulusan dan tandatangan Kamal Hisham dan bukannya Tuanku Sultan Johor padahal wang itu BUKAN milik Kamal Hisham….!

Insiden menyebabkan Kamal menjadi panik dan menggelabah. Beliau menghubungi seorang peguam terkenal untuk menyelesaikan kes tersebut. Peguam tersebut dimaklumkan bahawa Kamal mahu “pulangkan” semula wang milik Tuanku Sultan….

Hebatnya Penyamun membuat helah…. , licik sungguh beliau bermain dengan dokumen dan berjaya mengambil kesempatan berkuasa keatas wang milik Tuanku Sultan. Tetapi apabila sudah terkantoi, Kamal terpaksa cabut lari….

Pada 11 Mac 2011 anak muda yang mengkhianati segala amanah pihak Sultan Johor ini akhirnya melarikan diri keluar negara.  Segala dokumen milik Tuanku Johor dan dokumen syarikat berjaya dibawa bersama oleh Kamal Hisham. 



Sehingga kehari ini, Kamal Hisham hidup sebagai pelarian, terpaksa melakukan serangan fitnah dan sebar cerita dusta mengenai Tuanku Sultan Johor.  Pelarian yang hidup mewah diluar negara setelah berjaya menjadi Penyamun yang berjaya....Anak muda ini tidak berani pulang untuk berdepan dengan kebenaran kerana dirinya adalah Penyamun TEGAR.

Beberapa hari yang lepas beliau masih cuba memburuk-burukkan nama Tuanku Sultan kununnya pihak Istana membuat keuntungan berlipat kali ganda dalam satu urusan pembelian tanah rizab TNB di Stulang Laut….

Berkokok dan menyalak itu sahajalah kerja si Penyamun bernama Kamal Hisham bercakap tak henti henti dengan niat yang jahat…!

Secara mudah logic akal, sekiranya urusan pembelian dan penjualan tanah itu dijalankan oleh Penyamun bernama Kamal Hisham apakah kesudahannya..?  Iya, sudah pasti wang yang sepatutnya menjadi milik Tuanku Sultan akan masuk ke saku Kamal Hisham…..

Mari kita lihat “sedikit” track record kerja menyamun si Kamal Hisham, diantaranya;

Dia pernah rembat duit pemberian Tuanku untuk urusan anak- anak yatim sebanyak RM50 ribu.

Dia menaikkan sewa beberapa premis milik Tuanku tanpa pengetahuan. Untung lebihan akan dimasukkan ke dalam akaun dia.

Dia pernah cuba menipu Tuanku Sultan dengan meminta agar Tuanku menandatangani satu surat perlantikan. Surat perlantikan sebagai Amil Korporat ( untuk bulan puasa). Anak muda si penyamun ini berharap akan dapat komisen tinggi kerana kesemua syarikat korporat akan menjadi mangsa penyamun ini termasuklah syarikat Tuanku sendiri.
Mujurlah pihak Jabatan Agama Islam Johor memaklumkan kepengetahuan Tuanku bahawasanya Kamal ni tak memenuhi syarat-syarat untuk dilantik sebagai Amil…

Antara cubaan paling berani Kamal dalam usahanya menipu Tuanku Sultan adalah dalam kes yang melibatkan penjualan tanah. Dalam kes ini Tuanku mahu menjual tanah kepada Peter Lim untuk tujuan pembangunan.

Begitu juga dengan tindakan tamak Kamal yang berjaya POW RM500 ribu daripada seorang Ahli Perniagaan rakan Tuanku Sultan bernama Sam yang berniaga di Kelantan….

Oleh itu apa yang hendak dimomok-momokkan oleh Kamal mengenai isu Tuanku Sultan membeli dan menjual tanah di Stulang Laut.  Perkara biasa bagi mana mana urusniaga, sudah pasti mahukan keuntungan….

Kalau urusan ini dijalankan oleh Kamal Hisham, bukan sahaja Tuanku Sultan tidak mendapat untung malah sesen wang Tuanku pun tak akan dapat dinikmati kerana menjadi mangsa Penyamun TEGAR….!

No comments:

Post a Comment